Friday, December 6, 2013

Majlis Pernikahan Azim & Khodijah

Kali ini saya bertugas sebagai photographer untuk majlis pernikahan Azim & Khodijah. Pernikahan ini bertempat di Masjid Bukit Puchong. Suasana pagi agak mendung dan sedikit hujan, yang menjadi asbab saya tertinggal payung di masjid tu. Semoga siapa yang jumpa dapat manfaatkan payung tu sebab dia cantik dan berwarna seperti pelangi.

Ok berbalik kepada topik asal, sebelum majlis ni, saya telah diberi pelbagai details untuk memastikan majlis berjalan lancar memandangkan majlis pernikahan dan persandingan dilangsungkan pada hari yang sama. Sehebat mana pon kami merancang, Allah lah yang sebaik-baik perancang. Azim berwajah lain daripada gambar profile whatsapp beliau yang berjambang bagai. Kini di ambang pernikahan beliau, seolah-olah wajah Awal Ashaari yang baru lepas bercukur.

Jom tengok suasana di sekitar majlis ni:



Ketibaan hero of the day. Anda dapat lihat sendiri betapa bersih dan sucinya. Hehe.




























Dalam majlis pernikahan ni, macam-macam emosi kita boleh lihat. Ada yang sedih, ada yang happy, yang sedih campur happy pon ada. Apa-apa pon, saya ucapkan tahniah kepada Azim & Khodijah atas pernikahan mereka. Mengikut hadis Nabi s.a.w., bila seorang lelaki itu berkahwin, maka dia telah melengkapkan separuh dari agamanya. Pastu ada pula seorang hamba Allah yang kreatif tanya "kalau kahwin 2 kira lengkaplah agama kan?". Pandai lah kau ye.

Pada masih mencari photographer untuk majlis gilang-gemilang anda, hubungi saya untuk hasil fotografi yang berkualiti pada harga yang sangat istimewa!

Ahmad Firdaus
Principal Photographer of Ahmad Firdaus Photography
www.dausphoto.com
a.firdaus@gmail.com



0 comments:

Post a Comment