Friday, October 17, 2014

Definisi Kejayaan

APA ITU KEJAYAAN?

Selalu kita dengar orang cakap tentang kejayaan. Dia seorang yang berjaya kerana memiliki gaji yang besar, rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain. Dia seorang yang berjaya kerana memiliki perniagaan besar dan mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu setiap bulan. Sesetengah orang pula berpendapat, orang yang paling bahagia, aman hidupnya ialah orang yang berjaya. Tak kurang juga yang mengatakan kejayaan itu subjektif, semuanya menurut tafsiran masing-masing.

Betulkah?










Menurut Al-Quran dalam surah Al Mukminuun ayat 1-9, "Sesungguhnya telah berjaya lah orang yang beriman, iaitu..:

1. Orang yang khusyuk dalam solatnya - Di sini khusyuk membawa maksud sedar ibadat yang dilakukan hanya kerana Allah, dan kita sedar dan faham apa yang kita lakukan dan tuturkan dalam solat.

2. Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia - Maksudnya ialah kita meninggalkan perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain, apatah lagi perbuatan yang boleh menyebabkan dosa.

3. Orang yang berzakat - Zakat seringkali dianggap untuk membersihkan harta kita, kerana setiap rezeki yang kita dapat sebenarnya ada hak orang lain di dalamnya. Ini benar, tetapi sebenarnya pengertian zakat termasuk pembersihan jiwa dan hati dengan amalan istighfar, solat taubat, selawat dan lain-lain lagi.

4. Orang yang menjaga kehormatan dan kemaluan, selain dari yang halal buatnya.

5. Orang yang memelihara amanah dan perjanjian. Maksudnya, bila berjanji dia pasti tunaikan, bila diamanahkan dia hormati dan memegang amanah sejujurnya.

6. Orang yang memelihara solatnya - Sama ada anda perasan atau tidak, ciri pertama orang yang beriman ialah orang yang khusyuk dalam solatnya. Di sini bermakna dia sedar dan faham apa yang dilakukan dan dibaca sepanjang solat. Memelihara solat bermaksud sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya. Dia sentiasa berusaha untuk dekat dengan masjid, solat bersama jemaah di awal waktu.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.



0 comments:

Post a Comment