Friday, October 17, 2014

Trend Selfie Terkini Yang Sangat Cool - Selfie Donut

Apa itu Selfie Donut? Pernah dengar tak Selfie Donut? Macam pelik je bunyi kan?

Selfie Donut ialah teknik selfie menggunakan video yang menggabungkan video di beberapa lokasi, lantas membuatkan mereka yang melihat seolah-olah "berada" di tempat kejadian! Cool kan?




Teknik ini diperkenalkan oleh Karen X. Cheng, seorang penari dan sebelum ini pernah bekerja sebagai Program Manager di Microsoft Excel.

Tutorial untuk membuat Donut Selfie sangatlah mudah. Apa yang anda perlukan cuma:
1. Tangan anda
2. Smartphone anda (Karen menggunakan Iphone 5s)

Apa yang anda perlu lakukan ialah, merakam menggunakan kamera depan (di belakang skrin handphone anda) bermula dari sisi kiri kepala dan kemudian membuat pusingan "donut" dari kiri ke bahagian sisi kanan kepala.

Kenapa anda perlu berbuat demikian? Kerana bila anda lihat balik selfie donut yang anda buat, rakaman anda akan kelihatan seolah-olah "keluar" daripada sisi kiri kepala anda dan kemudian "masuk kembali" ke sisi kanan kepala. Apabila anda gabungkan rakaman selfie donut tersebut dari beberapa lokasi, selfie anda akan kelihatan seperti pusingan donut yang menembusi kepala anda.

Lihat contoh dari Karen sendiri:


Menarik kan? Jom tengok macam tutorial daripada Karen sendiri bagaimana anda boleh melakukan selfie donut #donutselfie




Selamat Mencuba! :)



0 comments:

Post a Comment