Tuesday, October 21, 2014

Penjelasan Ustaz Yang Terlibat Dalam Program "I Want To Touch A Dog"

Sekarang ini heboh dengan isu program "I Want To Touch A Dog". Saya tak tahu tentang program berkenaan, tak hadir dan bukannya seorang yang pakar untuk beri penjelasan. Dan saya hairan melihat percanggahan pendapat, bukan sahaja antara orang biasa, tetapi juga antara mereka yang dipanggil ustaz.

Dan antara yang paling dikecam, ialah ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari yang terlibat dalam program "I Want To Touch A Dog". Wajah beliau disebarkan seolah-olah beliau antara orang yang "menghalalkan" apa yang telah berlaku.

Benarkah ini semua? Jom kita dengar penjelasan Ustaz tersebut tentang program yang dijalankan:



PENJELASAN OLEH USTAZ

Assalamualaikum

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.



Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.




Friday, October 17, 2014

Teknik Menghafal Bacaan Al Fatihah

Ada kalanya kita sibuk dengan kehidupan kita. Dengan pekerjaan kita, dengan study, dengan kehidupan sosial, dengan urusan rumah, kereta dan sekeliling kita. Ini belum masuk lagi bab media sosial yang kita gunakan - Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan lain-lain.

Lantas kita kekurangan masa, atau mungkin ada kalanya kita terlalu leka hingga kita terlupa akan perkara yang kita WAJIB ambil tahu, iaitu ibadat wajib yang kita lakukan seharian. Sedangkan sebenarnya hari-hari kita baca surah ni, betul tak?

Di sini saya akan cuba bantu sebaiknya untuk memberi anda Teknik Menghafal Bacaan Al Fatihah supaya selepas ini, lebih mudah untuk anda khusyuk dalam solat.



Jom kita mulakan. Berikut ialah terjemahan Surah Al Fatihah.

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Bism bermaksud "dengan nama", Bismillah ar Rahman ar-Rahim bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, dan Maha Penyayang

1. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah bermaksud, "segala puji bagi Allah" dan Rabbil 'alamiin bermaksud "tuhan sekalian alam"

2. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang
Penjelasan seperti Bismillah

3. Yang memiliki Hari Pembalasan.
(Maaliki bermaksud "memiliki", Yaum bermaksud "hari" dan Ad-din bermaksud "pembalasan")

4. Hanya kepadaMu kami sembah, dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.
Iyya ka bermaksud "hanya kepadaMu", na'budu bermaksud "kami sembah" (na'budu berasal dari perkataan ibadat) dan nasta'iin bermaksud "kami pohon pertolongan"

5. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Ihdinas bermaksud "tunjukkanlah kepada kami" dan Siraatal Mustaqim bermaksud "jalan yang lurus"

6. Jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat
Siraatallazi bermaksud "jalan yang", na an'am ta'alaihim bermaksud "Engkau beri nikmat kepada mereka" (an'am berasal dari perkataan nikmat), ghairil maghdu bi alaihim bermaksud "bukan jalan yang Engkau murkai mereka" dan wa la ad dhaalliin bermaksud "dan bukan yang sesat)

Amiin

Kenapa walaupon kita sendiri baca al_Fatihah, tapi kita masih kena sebut Amin? Di bawah ialah penjelasannya:

Di dalam hadith Qudsi, Allah berfirman:"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

Apabila hamba-KU mengucapkan: Alhamdulillahi rabbil 'alamin (segala puji tertentu bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: Hamdani 'abdi (hambaku memujiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Arrahmanirrahim(Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang)
AKU menjawab: 'Atsna alayya 'abdi (hambaku menyanjungiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan:Maliki yaumiddin (Yang memiliki hari pembalasan)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)

Apabila hamba-KU mengucapkan: Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in(kepda engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi,wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)

Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin(pimpinlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi,wali 'abdi ma saala (inilah bahagian hambaku,untuk apa yang dimintanya)

Semoga selepas ini, anda semua lebih mudah menghafal bacaan al-Fatihah, dan lebih mudah untuk dapat kekhusyukan dalam Solat. Amin!

Definisi Kejayaan

APA ITU KEJAYAAN?

Selalu kita dengar orang cakap tentang kejayaan. Dia seorang yang berjaya kerana memiliki gaji yang besar, rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain. Dia seorang yang berjaya kerana memiliki perniagaan besar dan mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu setiap bulan. Sesetengah orang pula berpendapat, orang yang paling bahagia, aman hidupnya ialah orang yang berjaya. Tak kurang juga yang mengatakan kejayaan itu subjektif, semuanya menurut tafsiran masing-masing.

Betulkah?

Trend Selfie Terkini Yang Sangat Cool - Selfie Donut

Apa itu Selfie Donut? Pernah dengar tak Selfie Donut? Macam pelik je bunyi kan?

Selfie Donut ialah teknik selfie menggunakan video yang menggabungkan video di beberapa lokasi, lantas membuatkan mereka yang melihat seolah-olah "berada" di tempat kejadian! Cool kan?

Thursday, October 16, 2014

Potret Famili Master Nadiah Suhaidi dan Amir Marzhuki

Sudah agak lama saya tak update kerja saya. Saya agak sibuk dengan beberapa projek yang berkaitan photography dan videography tentang bisnes Shaklee yang diterajui oleh isteri saya, Master Nana Macarona.

Boleh tengok hasil rakaman video saya di Facebook page Spectacular by Master Nana. First time saya buat video dan ramai yang teruja dengan hasilnya. Mungkin lepas ni boleh venture ke arah videography atau cinematography ;)

Ziyad membuka tirai untuk sesi photoshoot dengan Ahmad Firdaus Photography! :D






Sebelum tu, anda kena tengok dulu gambar-gambar ceria family Master Nadiah dan Amir, ketika kunjungan mereka ke rumah saya. Pada waktu saya menulis entry ni, famili mereka berjumlah kira-kira 4.5 orang! Hehehe.. kenapa 4.5? Sebab Master Nadiah disahkan mengandung selama lebih kurang 2 bulan :) Tahniah!

Dan sepanjang mereka berkahwin, mereka telah dikurniakan cahaya mata atau, panggilan yang biasa saya dengar mereka panggil "anak-anak syurga". Anak yang pertama bernama Az-Zahin dan kedua bernama Az-Ziyad. Ya, kedua-duanya boy. Moga yang ketiga dikurniakan rezeki anak perempuan pula. Amin!



Selepas ummi siapkan saya untuk photoshoot, tiba masanya untuk beraksi!

Hey ho! Hey ho!
Hmmmm nasib baiklah rumah ni takde flying fox. Okayyy, macam mana nak photoshoot ni?

Catch me if you can!
Since saya dah prepare depan sofa nak ambil gambar, so saya tugaskan ummi sendiri untuk kejar Ziyad. Kenapa bukan Abi (Amir)?

Sebab kata ummi, Zahin tu anak papa. Oooooo hehe :D

Sementara mereka berkejar-kejaran, saya pon ambil lah gambar Zahin dan papa kesayangannya itu.



Confuse juga awal-awal tu. Sebenarnya Zahin nak tunjuk peace ke atau nak jadi spiderman? Tapi bila dah lama sikit baru saya faham.


Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, kan? Abi rupanya yang ajar jadi Spiderman. Tak kisah lah, yang penting 2-2 spidermen ni duduk diam-diam kat situ :)

Setelah sekian lama ummi mendapatkan Ziyad, dapat lah juga dan kali ni Abi kena pegang Ziyad kemas-kemas. Kalau Ziyad saya kira bukan kategori spiderman dah. Ni running man! (suka berlari-lari kan?)


 

Ummi ambil masa sikit lepas kejar Ziyad. Katanya "bagi lah peluang kat Abi dulu".




Sweet lah kan mereka ni. Yang paling sweet yang paling bulat tu, hehe :D Sekarang masa untuk 2 beradik pula posing depan kamera.



Alahai comelnya :) TAPI, air yang tenang jangan disangka tiada buaya! Bukan ada buaya kat sini, tapi cubaan untuk NGAP! tu ada :D

Ziyad: Macam sedap je peha abang Zahin ni! NGAP!
Zahin: AAAAaaaaAAAaaa..!

Nasib lah kan. Lain kali kena beringat! Hehe comel sungguh Zahin & Ziyad. Kedua-duanya aktif sangat-sangat-sangat!

Lepas tu, Abi dan Umi suruh Zahin kiss pula pipi Ziyad.


Olololoh.. sekarang Ziyad pula kiss Zahin..


Ermmm. Kiss ke gigit tu? Ada yang hilang hidung nanti! Hehe


Umi pon nak bergambar juga kan :)



Elok je umi bergambar dengan Ziyad, Zahin pon masuk sekali.


Sekarang turn Abi pula buat pose trademark dia. Jump shot!


Bersungguh Abi melompat dalam gambar ye. Menurut Ummi, Abi telah "kembali" normal sejak dipertemukan dengan rakan-rakan Shaklee yang "luar biasa". Haha.

Ziyad tengok Abi dengan Zahin melompat, dia pon nak ikut sama!


Tapi Ziyad tak boleh lagi nampaknya. Insyallah tahun depan boleh dah :D

Selesai sudah sesi fotografi famili Master Nadiah dan Amir. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi hadir bergambar di rumah saya. Di bawah ialah gambar isteri saya, Nana Macarona dan Ziyad


Kali ini aunty Nora pon masuk frame sekali. Diapit oleh 2 orang Shaklee Master Coordinator :)

(dari kiri) Master Nana, Aunty Nora dan Master Nadiah
Semoga ukhwah sesama kita lebih erat selepas ini. Dan semoga Master Nadiah dan keluarga sentiasa sihat dan diberkati Allah, dan dipermudahkan menerima ahli keluarga "baru" nanti. Amin.

Doakan kami juga dipermudahkan untuk mendapat zuriat. Amin :)

Terima kasih sekali lagi kerana mempercayai Ahmad Firdaus Photography sebagai jurugambar anda.

Dan ini pula gambar BONUS!


Dalam masa kami sedang berbual, tahu-tahu Ziyad dah masuk ke sangkar kucing! Aduhai.. muat pulak ye.. sebenarnya Ziyad dengan Zahin tengah main kejar-kejar dengan kucing kat belakang tu. Tak sangka pula boleh masuk dalam sangkar pula :'D

Ahmad Firdaus
Principal Photographer
Ahmad Firdaus Photography




Tuesday, September 16, 2014

10 Tips Terkini Cuti ke Bandung 2014

10 Tips Terkini Cuti ke Bandung 2014 - Saya nak kongsi pengalaman saya yang terkini ke Bandung kepada anda semua. 10 Tips yang bakal saya kongsi ni sangatlah menarik dan penting untuk anda tahu sebelum ke Bandung, Indonesia. Tanpa tips-tips di bawah, anda mungkin tidak akan dapat memaksimakan percutian anda. Jom baca tips sekarang!